Latest News

Makluman:

Bermula 1 Jan 2023, dimana berakhirnya pada 31 Dec 2022, Saya tidak lagi incharge ofis pulau pinang yang dimana telah saya bertapak sejak 2012 (11 Tahun). Saya dan HQ mengambil keputusan bersama untuk memberikan kepada saudara Tusvendran untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti ofis dengan cara dan pengendalian beliau. Seperti kita semua sedia maklum saudara Tusvendran sangat popular dan sangat berbakat dalam bidang memberikan latihan dalam bidang trading. Saya percaya denga kehadiran beliau yang bersemangat dan bijak, akan memberikan lebih ruang dan pelaung untuk menambahkan lagi jumlah pelanggan terutamanya di pulau pinang yang ramai kapasiti penduduk dan juga ekonomi sekitar yang jauh membangun. Sama2 kita berikan sokongan yang positif kepada beliau

Walaubagaimana pon kesepakatan antara saya dan HQ masih seperti biasa. Saya masih juga IB dan LD. Servis dan perkhidmatan saya juga akan tetap sama. Seperti yang dimaklumkan kami mencapai kesepakatan demi win-win situation dimana saya juga tidak terikat lagi. Mungkin di kedepan hari saya akan membuka lebih pilihan broker kepada client untuk mendapatkan perkhidmatan dari saya. Insta tetap dihati. dan yang baru tetap saya akan jalankan tanggungajwab yang sama. Yang penting client happy.