About Me

Saya Mohd Roazmin atau ramai yang memanggil saya dengan nama Nahnu. Sebahagian trader mengenali saya sebagai IB Nahnu atau LD Nahnu. Saya mula berjinak jinak dalam bidang trading bermula pada tahun 2008 dimana pada masa itu saya masih lagi bekerja di B Braun Industries Penang sebagai Jurutera Proses.

Kehidupan sebagai Jurutera dengan gaji pada masa itu sebenarnya mencukupi. Namun saya tersilap langkah sedikit kerana pada masa itu ada sikap suka berhutang dengan bank dan penggunaan kad kredit. So, menjadi kan saya sedikit susah kerana komitmen membayar hutang yang tinggi. Mula lah saya menyertai pelbagai hal bisnes sepeti MLM, Skim Cepat Kaya. Tapi sayangnya, semua nya tak menjadi. Mungkin saya tidak cukup bijak atau tidak ada minat dalam perkara tersebut.

Apabila saya di perkenalkan oleh seorang rakan untuk belajar trading. Terus saya katakan YA. Pada mula trade pada tahun 2008 tidak ramai yang sertai. Tidak ada banyak kelas bimbingan. Tidak ada kelas Online atau tempat yang betul2 specific. Jika ada pon, hanya sebilangan kecil sahaja. Pada masa itu juga penggunaan Social media tidak begitu meluas.

Kehidupan saya lalui sejak 2004 sehingga 2009 (masa bekerja sebagai Jurutera) tidak mudah. Duit tak ada dan hampir setiap minggu saya akan berulang balik Penang-Kelantan kerana keluarga ada di Kota Bharu. Maka banyak travel banyak juga duit habis. Kerja sebagai Jurutera ni bergantung juga pada nasib, sebelum nya kerja senang dan relaks, tak nak. Bila lompat ke B Braun kerja agak stress. Tapi saya teruskan juga demi duit, demi ingin membayar hutang dan menyara keluarga.

Di pendek kan cerita dari tahun 2008 sehingga penghujung 2009, saya tidak pernah berhenti Trade. Terus belajar dan menganalisis sendiri. Mungkin lah, kerana saya suka dan minat pada analisis menyebankan saya tidak pernah berhenti. Dalam masa setahun 2008-2009, saya mula pandai dan boleh buat untung secara konsisten. Maka pada tahun 2009, saya telah resign sepenuhnya sebagai Jurutera. Pada tahun 2010 pula saya tamat pengajian peringkat Master dimana saya buat secara Part time dari tahun 2008. Dimana susahnya, hujung minggu ada kelas….dan hujung minggu itu juga saya kena plan berulang pulang kelantan

Senang tidak lah senang. Susah pon tidak. Cuma penat. Tahun 2004 sampai 2009 dan tahun 2008 ke 2009 (tahun mengenali forex). pergi kerja jam 730, balik kerja dah gelap jam 630 atau 730. Biasa lah Penang (jammed). So sehari utk kerja sahaja saya telah habis kan masa 11 jam ke 12 jam. ada hari balik sgt lewat sehingga jam 8 atau 9 malam. Jika balik kerja jam 7pm. mandi solat dan keluar makan malam. jam 8 atau 830pm buka laptop plak mengadap graph sampai lah jam 12 mlm atau 1 pagi. baru lah tidur. Begitu lah kehidupan pada masa tu. Tidur hany 6-7jam. Kerana tekad untuk berjaya ONE DAY. Apa yang saya lakukan dan hasil pada hari ni. Saya katakan YA, sangat berbaloi. Tidak ada jalan mudah untuk berjaya selagi kita tidak melalui kesusahan.

Pada tahun 2009/2010 saya berhenti kerja sebagai jurutera, saya pulang ke kelantan. Pada masa tu saya dah ada income dari forex, cuma tidak lah banyak spt kerja sebelumnya. Jadi saya mula mengajar tusiyen budak sekolah menengah untuk menambahkan pendapatan. Selepas tu upgrade skit, mengajar OUM kota Bharu, Kemudia upgrade skit mengajar kat USM. Tetapi hanya sebagai pensyarah part time. ada kelas, ada gaji/elaun. Tapi pada masa ni sangat best kerana saya ada banyak masa yang saya boleh gunakan untuk mengkaji dan analisis mengenai Forex.

Pada tahun 2009, adalah tahun pertama saya ke Europe. Saya dan family bercuti ke London. Tapi bukan bermewahan. hanya beli tiket murah. Pada masa tu air asia pertama kali buat penerbangan ke London dengan tiket pergi dan balik hanya RM1000. So sampai lah saya ke London. Di London banyak mengajar saya erti kehidupan. Saya tidak sekadar bercuti. saya melihat kehidupan masa depan. Disana, kita boleh katakan pergerakan masa mereka 5-10 tahun di depan.

Bila balik habis bercuti saya lebih bersemangat kerana apa yang saya dilihat di London mereka sgt penat. mereka sangat rajin kerana kehidupan mereka telah mula sibuk sedangkan masa tu di KL masih OK. So saya tahu one day, Malaysia juga akan jadi mcm mereka. Ya sekarang kita telah saksikan bahawa org malaysia juga sibuk dan sgt. Yang cepat dan laju akan memotong yang perlahan. siapa lambat dan malas akan ketinggalan.

pada tahun2 berikutnya, ekonomi makin baik dan saya ingin lebih berjaya. pada penghujung tahun 2010 saya mula daftar untuk pengajian PhD di USM pulau pinang. Rupanya susahnya datang lagi. Saya terpaksa pula berulang ke penang pada masa2 tertentu. Nasib baik lah research, so saya boleh spend byk masa di kelantan. Sempat 2 semester sahaja, saya terpaksa tender surat berhenti sebagai pelajar USM kerana saya tidak lagi boleh lagi bagi komitmen. Kalau saya teruskan dan tamatkan maka adalah lbh baik saya bekerja sebegai pensyarah. Tetapi minat tak ada. Lebih besar maslah adalah saya tidak dapat focus untuk tamatkan pengajian. Saya memilih untuk lebarkan lagi sayap saya dalam bidang forex. apa yang minat dalam hati

Pada tahun 2012, saya ditawarkan untuk membantu instaforex lebih dekat dimana saya ditawarkan untuk membuka ofis cawangan di Penang (sekarang: ofis Bayan Bay-sebelah Queensbay). Alhamdulilah. saya ada banyak freetime dan dapat lbh mengenali instaforex lebih mendalam. Staff banyak membantu untuk memudahkan urusan saya. Sebagai ketua pejabat dan Local Depositor, income saya bertambah baik dari masa ke masa, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Kekal lah sehingga hari ini

Best, pada tahun tahun diantara nya dan di depannya, saya terus mengembara dengan masa yang freedom. pada masa ni. hutang semua clear dah. free. dah tak berhutang dengan bank walau pon hutang kereta. Malah sudah boleh menyimpan. Anda tahu takkkk? saya sebenarnya bekasan under AKPK, bank negara kerana teruk sangat masalah hutang di usia muda. AKPK membantu mengurangkan caj. asalkan bayar seperti di inginkan, maka pihak bank tidak boleh lagi ganggu call kita untuk buat bayaran hutang. Kalau dulu, sekejap CIMB call, sekejap Maybank. sampai takelh nak agak bank mana. So tamat lah cerita susah payah tu. jom saya kongsikan kejayaan

Tahun 2010– Sorento, ITALY

Tahun 2011– Seluruh Italy. Dengan menggunakan EURAIL (Train)> Visit dari Selatan (Sorrento) ke Utara (Venice)> anda patut cuba high speed train 300km/h. Kemudian ke Spain, Belgium, Netheland and Paris, FRANCE. Semua nya 6 negara termasuk UK

Tahun 2011– Bandung bersama team InstaFX KB

Tahun 2012-Tiada trip family. Focus pada business di InstaForex Cawangan Penang. Hanya ada bercuti bersama staff ke Koh Samui

Tahun 2013– Shanghai, CHINA. Trip family

Tahun 2013– EUrope trip lagi ke Switzerland, Paris, MAdrid. Banyak habis masa spend kat switz. kebanyakan city kat switz dah sampai naik high speed train

Tahun 2014– Trip family ke Perth, AUSTRALIA. sini jalan2 OK2 saja. boleh2 la.

Tahun 2015- ada lagi tahun2 ke depan yang lain. nnt next time update. penah dah ni