Pemahaman Bonus USD1500

Salam,

Berkenaan bonus USD1500.

Nasihat pertama saya: Jangan ambil. kerana kami staff/IB telah menerima banyak sangat aduan dari client yang tidak faham term and condition. Hanya menyusahkan. Jika anda trader sebenar. Guna lah modal sendiri dan belajar lah forex.

Jika anda ingin cuba juga, Disini saya ingin terangkan semula dengan ayat dan contoh yang lebih mudah difahami. Pertama sekali bonus ini dikhas kan atau diutamakan kepada trader2 baru atau new comer dalam industri forex. Ianya adalah satu tarikan dan penghargaan kepada mereka. Walau bagaimana pon ianya terbuka kepada semua, sesiapa sahaja boleh apply.

Tetapi sayangnya tak semua memahami syarat2 dan terma2 yang tertulis. ada juga sebilangan yang tidak membacanya langsung terus apply bonus tersebut. Disini saya ceritakan semula syarat syarat nya dan step2 nya

1. Sebaik anda menerima bonus USD1500. Anda perlu melakukan trade sehingga mencapai profit 10% (USD150). Kemudian yang berlaku, akaun tersebut akan difreeze atau direhatkan sementara oleh pihak InstaForex.

2. Anda wajib depositkan minimum sebanyak USD150 untuk mengaktifkan semula acc tersebut. Selepas deposit anda boleh claim lagi bonus 30%. Apa yang berlaku selepas itu, akaun anda diaktifkan semula. dan secara automatik bonus USD1500 yang asal ditarik semula. yang tinggal hanya lah profit bonus USD150, deposit anda USD150 dan bonus 30% anda USD45 menjadikan akaun anda pada masa tu USD345.

Tetapi harus faham, Profit bonus anda USD150 tidak dapat dikeluarkan sehingga nilaian lot trading anda 3x ganda atau bersamaan total (USD450 lot trade). Nilai sebenar pada masa itu yang anda boleh keluarkan hanya lah deposit anda sahaja iaitu USD150.

contoh dan kes

1. Akaun anda USD345, anda keluarkan atau withdraw USD150 nilai deposit anda, secara automatik profit bonus USD150 dan bonus USD45 (30%) ditarik semula

2. akaun anda dari nilai USD345 drop kepada USD300. Bermaksud anda telah loss USD45 dari nilaian deposit anda. Bonus hutang kekal USD195. Bermakna jumlah anda boleh keluarkan hanya lah USD105 sahaja dan jika itu nilai yang anda keluarkan, maka semua bonus tadi ditarik kembali.

3. akaun anda dari nilai USD345 menjadi USD400. bermakna anda telah buat untung sebanyak USD55. Maka nilai maksimum yang anda boleh keluarkan ialah USD205. Jika nilai maksimum ini anda keluarkan, maka semua bonus asal USD195 ditarik semula.

Harap semua faham tentang terma2 dan kes2 yang berlaku diatas. Sesungguhnya jika anda trader yang sudah lama berkecimpung dalam forex, adalah tidak digalakkan untuk menerima bonus ini. Baik anda terus trading mcm biasa, deposit dan claim bonus 30% seperti ramai2 trader lain. Biarlah bonus itu utk orang2 baru sebagai pembakar semangat mereka dalam dunia forex. Bukan kerana Insta tidak ikhlas dalam pemberian, tetapi apa orang cakap “give and Take”. Maksudnya ada ketika2 dan waktu2 nya :)