Maksud: Error and Finance

Disini saya ingin beri penjelasan tentang akaun yang bermasalah wdraw delay untuk memudahkan anda faham lebih jelas. Kenapa tidak instant wdraw dan perlukan tempoh masa untuk tarik USD dari akaun forex saya?. Ada dua sebab…

1. Jumlah wdraw yang besar

2. Akaun sangkut disebabkan error code dan perlukan IB hantar maklumat wdraw client ke HQ utk proses tersebut. Akaun itu akan disemak kenapa ianya error.

Untuk kes 1: Jumlah wdraw yang besar

Berapa jumlah wdraw yang besar? Bergantung kepada limit wdraw saya pada hari tersebut. Setiap IB diberi limit tertentu untuk melakukan wdraw instant. Ini adalah safety untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan dari pihak Ib atau IB melakukan kesilapan. Secara tak langsung ianya safety kepada client deposit. Sebagai contoh setiap IB diberi Instant wdraw USD10,000 sehari. Andai kata pada hari tersebut saya telah melakukan banyak wdraw dan limit saya makin mengecil. maka saya akan hantar ke Finance HQ untuk pemprosesan kerana HQ tidak menetapkan sebarang limit. Mereka selalunya melakukan wdraw tersebut dalam tempoh 24jam selepas jam 3 petang waktu malaysia (mereka baru masuk kerja). Kebiasaan nya USD500 atau USD1000 kebawah, saya akan instant wdraw.

Untuk Kes 2: Akaun sangkut disebabkan error code dan perlukan IB hantar maklumat wdraw client ke HQ utk proses tersebut. Akaun itu akan disemak kenapa ianya error.

Untuk kes ini, memang IB tak dapat wdraw instant. Bila kami cuba process akan keluar satu note dari HQ tulisan merah “please proceed this wdrwal through Finance HQ”. So kami akan submit, anda tidak perlu berbuat apa2. Process untuk akaun yang error, HQ memerlukan tempoh masa 24jam ke 72jam bergantung kepada kes dan semakan yang mereka lakukan. IB tidak tahu sebarang masalah yang menyebabkan error. Tetapi client sendiri boleh menulis email kepada HQ untuk bertanya kan status permasalahan akaun. Kebiasaan nya tidak perlu berbuat begitu kerana Error itu biasa bagi saya kerana dalam sehari mungkin kami akan jumpa 2-3 kes client dan kebanyakannya lepas semakan dan wdraw dilakukan macam biasa. Hanya sebilangan kecil sahaja yang sangkut disebabkan permasalahan melanggar rules trading. Yang tu kes2 special sahaja. So anda tidak lah perlu risau, sehingga status permasalahan itu selesai